Saturday, 29 August 2020

CINNAMON ROLLS COKLAT DENGAN KACANG WALNUT


ROTI COKLAT

Untuk roti, sebaik baiknya menggunakan tepung roti (11-13% protein). Tujuan nya untuk mengwujudkan stuktur gluten yg terhasil dari pecahan kompleks gula di dalam tepung. 
Roti dibiarkan kembang sebanyak 2 kali. Kali pertama adalah untuk yis menghasilkan CO2 didalam doh. Kali ke-2 adalah untuk membentuk roti.
Roti dibiarkan kembang dengan menutup dengan kain basah atau plastic wrap. Tujuannya adalah untuk kulit tidak membentuk. Jika kulit terbentuk diluar doh, roti susah untuk naik kembang.
Lemak (butter/minyak/shortening) diletak untuk memudahkan doh naik.
Yis pula hidup di dalam tempat berasid antara pH 4.5~6.0. pH paling ideal adalah antara pH5.5. Serbuk koko biasa (bukan dutch process) adalah sedikit berasid dan disukai oleh yis. Biasanya, bread softener diletak didalam resipi untuk lebih berasid. Bread softener ialah asid dicampur dengan enzim. Enzim akan mati didalam suhu yang tinggi apabila di dalam oven.
Untuk roti, garam selalunya diletak sebanyak 2% dari berat tepung. Tujuan garam adalah untuk mengawal kenaikan yis supaya tidak terlebih naik dan naik lebih lambat.
Roti lebih sedap jika dibiarkan naik lambat. Disyorkan letak didalam peti ais semalaman untuk lebih flavour.

INTI

Inti yang disyorkan adalah inti yang manis seperti coklat cip atau buah kering. Kacang diletak untuk menbuatkan roti lebih rangup bila dimakan. Idea inti lain untuk membuat cinnamon rolls seperti:
  • Peaches & cream
  • Blueberries/lemon dengan topping cream cheese
  • Oren & blue poppyseed
  • Strawberry & almond
Ikut kreativiti sendiri. 

CARA MENYIMPAN

Diletak didalam peti ais dengan bekas kedap udara sehingga seminggu. Panaskan di dalam microwave oven sebelum makan.



CINNAMON ROLLS COKLAT DENGAN KACANG WALNUT

 Masa penyediaan: 2 jam
 Masa memasak : 20-25 minit



 Bahan:
 
 Roti
 ▢ 450 grams tepung roti (high protein)
 ▢ 100 grams gula
 ▢ 1 sudu kecil garam
 ▢ 11 grams yeast
 ▢ 250 grams susu segar
 ▢ 1 telur
 ▢ 57 grams margerin
 ▢ 2 sudu besar serbuk koko

 Inti
 ▢ 30 grams margerin
 ▢ 4 sudu besar gula perang
 ▢ 3 sudu besar serbuk kayu manis
 ▢ 100 grams coklat cip
 ▢ kacang walnut

 Glaze
 ▢ 100 gram cream cheese
 ▢ 50 gram gula ising
 ▢ 1 sudu margerin

 Cara:
  1. Uli semua bahan roti sehingga doh menjadi kenyal samada menggunakan tangan atau mesin uli.
  2. Tutup dengan kain basah atau plastik selama 45 minit atau di dalam peti ais semalaman.
  3. Tabur tepung diatas meja sebelum menguli. Uli bentuk segi empat panjang dan tebal lebih kurang setengah inci tebal.
  4. Tabur inti dan gulung doh. Potong doh sepanjang 2 inci. Potongan doh dimasukkan ke dalam loyang dan di tutup dengan kain basah selama setengah jam.
  5. Bakar di dalam oven 180 celsius selama 20-25 minit.
  6. Untuk glaze, pukul bahan di dalam balang sehingga sebati.
  7. Biar kan roti sejuk sebelum tabur glaze.
 Nota
  • Gunakan kreativiti sendiri.
  • Tepung roti lebih kenyal berbanding tepung gandum.
  • Yis dan garam jangan dicampur langsung untuk mengelak yis mati.
  • Untuk Vegeterian, boleh menggantikan dengan susu almond dan tidak meletakkan telur.


No comments:

Post a Comment

CINNAMON ROLLS COKLAT DENGAN KACANG WALNUT

ROTI COKLAT Untuk roti, sebaik baiknya menggunakan tepung roti (11-13% protein). Tujuan nya untuk mengwujudk...